
Bosan dengan dessert yang biasa-biasa?
Cuba Kunafa Moden kami, dengan best seller Matcha Lumut yang menggunakan base white chocolate dan crunchy nestum saluti matcha, pasti buat rasa unik!
Untuk pilihan yang lebih asli dan tidak manis, cuba nabulsi kami, gabungan cream cheese dan mozzarella dengan topping pistachio, dan kami sediakan air gula asing supaya anda boleh laraskan kemanisan mengikut citarasa.
Best Sellers
BEST SELLER
PERJALANAN KAMI
Di KUNAFA HABIBI, kami berbangga menjadi kafe pertama di Kota Kinabalu yang 100% khusus menyajikan pencuci mulut berasaskan kunafa. Kami membawa resipi tradisi Arab yang penuh keaslian, digabungkan dengan sentuhan moden yang viral dan digemari ramai.
Di Kunafa Habibi, kami bukan sekadar menyajikan pencuci mulut. Kami meraikan budaya, rasa, dan momen bersama – agar setiap pelanggan dapat merasai pengalaman manis yang jarang ditemui di Sabah.
Tentang Kami

MUST TRY
NABULSI
Rasai keistimewaan best seller kami, Nabulsi!
Gabungan kunafa tradisional dari Palestine dengan lapisan cream cheese dan mozzarella yang super cheesy, ditambah topping pistachio yang rangup.
Kalau nda mau manis WAJIB try ni, peminat dessert selalu order ni sekali add chocolate. No worries Chocolate kami asingkan tau :)

BEST SELLER
MATCHA LUMUT
Nikmati keunikan Matcha Lumut kami – kunafa yang menggunakan base white chocolate (atau dikenali sebagai coklat susu) yang leleh dan berkrim.
Di atasnya, kami taburkan letak 4 scoop crunchy matcha yang diperbuat daripada Nestum yang disaluti coklat matcha, memberikan setiap gigitan rasa rangup dan aroma matcha yang memikat.
Ini bukan sekadar kunafa biasa – ini adalah pengalaman manis yang menggabungkan tradisi Timur Tengah dengan sentuhan moden yang segar.

A LITTLE TWIST
AKHDAR PISTACHIO CREPE
Kenalkan kunafa crepe inovasi dari kami, diinspirasikan oleh kunafa crunchy hazelnut (topping pistachio crunchy) yang paling laris!
Crepe lembut ini diisi dengan kunafa yang dibakar rangup dan disaluti dengan pistachio, lalu ditambah coklat hazelnut dan empat scoop pistachio crunchy yang dibuat daripada nestum rangup.
Kombinasi hazelnut dan pistachio ini sangat digemari kerana rasa yang seimbang dan tekstur yang memikat.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba keunikan ini sekarang!